Saturday, October 10, 2009

Belek-Belek: #2

[repeat statement]: Seronok bila sekali-sekala terlihat kelibat 'kaum-kerabat' aku di media atau di blog.
Hari tu Datuk Faizal. Kali ni cerita Sahibol Anwar lak..Minggu lepas keluar kat Majalah-3. Bulan Mac hari tu kat paper Utusan Malaysia ruangan Mega.




Friday, August 21, 2009

Fahami Kejadian Alam

Fahamilah kejadian Alam Semesta dan mengenal Allah melalui sains dan alam semulajadi

Saturday, July 4, 2009

Belek-belek..

Seronok, bila sekali-sekala terlihat kelibat 'kaum-kerabat' kita di media atau di blog.
Read more here;
err.. satu lagi Rocky Bru samada lupa atau memang tidak tahu.
Faizal kan Ketua Pemuda(atau naib ketua pemuda) Umno Selangor? haizz..

Tuesday, June 30, 2009

Sambutan Jubli Perak SMKRPB...

Salam...

Kpd sesiapa yg ingin menyumbang secara ikhlas ke akaun Persatuan Alumni SMK Raja Permaisuri Bainun,Ipoh...

Anda boleh bank-in ke akaun Maybank :

558220216833 (BainunAlumni 0051-08-PRK)

Sumbangan Ikhlas anda amat dihargai...

Terima Kasih

~ Drp Alumni Utk Alumni ~

Karnival Sukan & Mesyuarat Agong Ke-2 Alumni...

"Karnival Sukan BainunAlumni 2009"

Pertandingan Bolasepak, Bola Tampar,
Bola Jaring, Tenis, Badminton antara batch & juga wakil sekolah.

Setiap Batch digalakkan hantar pasukan untuk setiap jenis sukan.
Jika tidak,Pasukan BainunAlumni akan diwujudkan.

Tarikh : 01 Ogos 2009 (Sabtu)

Masa : 08:00 pagi - 17:00 petang

Tempat : Sekitar SMK Raja Permaisuri Bainun,Ipoh.



"Mesyuarat Agung Tahunan Kedua Untuk Tahun 2009"


Sebarang usul & cadangan untuk mesyuarat berkenaan boleh dipanjangkan kepada Setiausaha & Exco Pengurusan sebelum atau pada 3 Julai 2009.


Tarikh : 02 Ogos 2009 (Ahad)

Masa : 09:30 Pagi - 11.30 Pagi

Tempat : Dewan Besar, SMK Raja Permaisuri Bainun,Ipoh.

Kehadiran anda semua sebagai ahli Bainunalumni & Bekas Pelajar SMK Raja Permaisuri Bainun,Ipoh amatlah digalakkan dan dihargai.

Sebarang pertanyaan boleh dibuat kepada Saudara Meor Azam di No. 0195107830 atau emel : bainunalumni@ymail.com atau bainunalumni@mail.org

Sekian,Harap Maklum.

~Drp Alumni Utk Alumni~

Wednesday, June 24, 2009

Berpesan2lah untuk kebaikan

24 jun telah pun berlalu..menandakan bulan Rejab telah pun menjelma.Diriwayatkan bahawa Rasulullah saw telah bersabda…

Ketahuilah bahawa bulan Rejab itu adalah bulan ALLAH swt, maka:”

1. Barang siapa yang berpuasa 1 hari dalam bulan ini dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH swt.

2. Dan barang siapa berpuasa pada tanggal 27 Rejab /Isra Mi'raj (Isnin, 20 Julai 2009) akan mendapat pahala seperti 5 tahun berpuasa.

3. Barang siapa yang berpuasa 2 hari di bulan Rejab akan mendapat kemuliaan di sisi ALLAH swt.

4. Barang siapa yang berpuasa 3 hari iaitu pada tanggal 1, 2, dan 3 Rejab (24, 25, 26 Jun 2009) maka ALLAH swt akan memberikan pahala seperti 900 tahun berpuasa dan menyelamatkannya dari bahaya dunia dan siksa Akhirat.

5. Barang siapa berpuasa 5 hari dalam bulan ini, insyaallah permintaannya akan dimakbulkan Allah swt, InsyaAllah...

6. Barang siapa berpuasa 7 hari dalam bulan ini, maka ditutupkan 7 pintu neraka Jahanam dan barang siapa berpuasa delapan hari maka akan dibukakan 8 pintu Syurga.

7. Barang siapa berpuasa 15 hari dalam bulan ini, maka ALLAH swt akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barang siapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH swt akan menambahkan pahalanya."

Sabda Rasulullah saw lagi :"Pada malam Mi'raj, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari air batu dan lebih harum dari minyak wangi, lalu saya bertanya pada Jibril as;

"Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini? Maka berkata Jibril as "Ya… Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca selawat untuk engkau dibulan Rejab ini."

Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita :"Ketika kami berjalan bersama-sama Rasulullah saw ke sebuah kubur, lalu Rasulullah saw berhenti dan beliau menangis dengan amat sedih, kemudian beliau berdoa kepada ALLAH swt. Lalu saya bertanya kepada beliau "Ya Rasulullah, mengapakah engkau menangis?" Lalu beliau bersabda "Wahai Tsauban, mereka itu sedang diseksa dalam kuburnya dan saya berdoa kepada ALLAH swt, lalu ALLAH swt meringankan atas mereka."

Sabda beliau lagi "Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mahu berpuasa satu hari dan beribadah satu malam saja di bulan Rejab nescaya mereka tidak akan disiksa di dalam kubur." Tsauban bertanya "Ya Rasulullah, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan Rejab sudah dapat mengelakkan dari seksa kubur?"

Sabda beliau "Wahai Tsauban, demi ALLAH Zat yang telah mengutus saya sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan solat malam sekali dalam bulan Rejab dengan niat karena ALLAH swt, kecuali ALLAH swt mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan solat malam satu tahun."

Isa: Rebutlah 5 perkara sebelum datangnya 5 perkara;

MASA HIDUP SEBELUM MATI, MASA LAPANG SEBELUM MASA SIBUK, MASA MUDA SEBELUM MASA TUA, MASA KAYA SEBELUM SUSAH DAN MASA SIHAT SEBELUM SAKIT.

ikutsukaaku.blogspot.com

Friday, May 29, 2009

Ikhlas

Oleh Ustaz Ahmad Baei Jaafar
Mengaku ikhlas belum tentu ikhlas kerana lidah manusia boleh berpura-pura bermain kata-kata. Ikhlas ialah kerja hati yang siapa pun tidak mengetahuinya kecuali ampunya diri, sedangkan dia masih boleh menzahirkan sebaliknya.
Oleh sebab itu, tiada hak bagi seseorang menuduh seseorang yang lain sebagai tidak ikhlas. Adalah satu kesalahan seseorang Muslim menuduh orang Muslim yang lain dengan yang negatif. Hal ini kerana seseorang tidak mampu mengetahui apa yang terkandung dalam hati seseorang. Hanya Allah dan orang yang berkenaan sahaja yang mengetahui niat di hatinya.
Sebenarnya ikhlas ialah rahsia hati seseorang tatkala melaksanakan sesuatu pekerjaan. Ikhlas pada bahasa bererti bersih, maka orang yang ikhlas, hatinya bersih daripada sifat riak. Tindakannya tidak mahu menunjuk-nunjuk kepada orang lain, sebalik dilakukannya hanya kerana perintah Allah.
Bagaimana Untuk Ikhlas
Persoalan sekarang bagaimana hendak menjadikan seseorang itu ikhlas. Bagaimana menjadinya ikhlas dalam mengamalkan agama, ikhlas dalam melakukan ibadah kepada Allah, ikhlas dalam pergaulan dengan manusia, dan ikhlas dalam melaksanakan apa yang diamanahkan kepadanya.
Sebenarnya orang yang ikhlas sama ada berhadapan dengan Allah atau manusia ketika melakukan sesuatu amalan atau kerja, tidak mengharapkan balasan dan sanjungan. Namun dia percaya perbuatannya pasti dinilai oleh Allah sebaiknya. Apa yang penting di sisinya ialah amalannya diterima oleh Allah s.w.t.
Lazimnya orang yang ikhlas takut untuk menyatakan bahawa apa yang dilakukan itu adalah ikhlas. Padanya biarlah pemberian tangan kanannya tidak disedari oleh tangan kiri. Walau bagaimanapun kadang-kadang tindak tanduknya perlu juga diberitahu kepada orang ramai tentang keikhlasan hatinya.
Perhatikan dua contoh berikut; seorang kaya hendak memberi sumbangan kepada jirannya yang miskin, diserahkan kepadanya tatkala orang lain tidak nampak. Dia memberi semata-mata untuk menolongnya kerana seruan Allah.
Dalam kes yang lain, sesebuah syarikat hendak mendermakan kepada sesuatu badan kebajikan, perlu diisytiharkan kepada orang awam. Pemberian itu adalah ikhlas untuk membantu mengurangkan beban badan kebajikan itu. Pada masa yang sama pemberian itu boleh memberi rangsangan kepada orang kaya lain supaya turut berderma.
Pemberian orang kaya dan syarikat itu tidak boleh dituduh sebagai tidak ikhlas atau riak kerana tidak siapa pun yang mengetahui niat hati pihak berkenaan. Tuduhan orang lain dalam hal ini adalah salah dan berdosa kerana dia seolah-olah mendahului Allah dalam menghukum seseorang. Jadi, serah sahaja urusan menghukum seseorang itu sama ada ikhlas atau tidak kepada Allah. Tetapi alangkah baiknya kalau kita doakan seseorang yang memberi sesuatu sumbangan itu berhati ikhlas. Ingatlah bersangka baik terhadap seseorang itu adalah satu ibadah yang pasti besar pahalanya.
Riak Perlu Dijauhi
Siapakah yang sebenarnya termasuk dalam riak? Riak ialah sifat mazmumah yang amat keji kerana sifat itu termasuk dalam kategori syirik khafi, syirik yang tersembunyi. Riak juga sama seperti sifat ikhlas yang tidak siapa pun boleh mengesannya sama ada riak atau tidak. Menuduh seseorang itu riak adalah dosa kerana hakikat sebenarnya hanya Allah dan diri individu tersebut sahaja yang tahu.
Jadi, elaklah membuat tuduhan terhadap seseorang sebaliknya menilai seseorang itu mengikut kadar yang kita lihat secara zahir. Sebenarnya, orang yang riak dapat dilihat pada tingkah laku, ucapan dan kata-katanya. Jika seseorang itu bertindak atau menyatakan sesuatu melebihi daripada kadar biasa, kemungkinan hatinya sudah riak. Namun, berdasarkan itu pun kita tidak boleh menuduhnya riak.
Walau bagaimanapun bagi seseorang individu yang dapat mengesan dirinya sebagai riak seharusnya berusaha untuk tidak meneruskannya. Sebagai contoh, seseorang yang berjaya melakukan solat tahajjud pada malam hari, maka pada keesokannya dia cuba hendak menceritakan kepada kawan-kawannya apa yang dilakukan pada malam hari. Jika dia sedar ketelanjurannya itu, seharusnya dia bertaubat dan tidak menceritakan semua itu kepada orang lain.
Riak Tanpa Sedar
Seseorang itu juga boleh dikategorikan sebagai riak apabila dia tidak mahu melakukan kebaikan kerana takut dituduh riak. Inilah riak yang sering dilakukan tanpa sedar. Sebagai contoh, seorang bertanya kepada kawannya, “mengapa kamu tidak mahu pakai tudung” atau “bila kamu nak pakai tudung?” dengan beraninya dia berkata, “aku tidak mahu pakai lagi waktu ini kerana takut orang kata aku riak.”
Nauzubillah, ucapannya yang pendek itu sebenar sudah dinilai oleh Allah sebagai riak. Inilah yang sering kita dengar dari lidah umat Islam. Mereka tidak sedar bahawa perbuatan mereka itu adalah dosa, dosa riak, dan dosa syirik secara tidak sedar.
Umat Islam khususnya yang membaca artikel ini seharusnya berubah daripada terus memperoleh dosa secara tidak sedar ini. Ketahuilah dosa riak dalam bahagian ini banyak mengundang kemusnahan kepada amalan individu Muslim.

Friday, May 22, 2009

SMRPB masa dulu


















Salam semua kawan2. Tujuan gambar ini dipostkan adalah untuk mengenangkan kembali keadaan sekolah kita pada zaman kita dulu. Tengoklah, betapa kosongnya bukit di belakang ...

Tuesday, May 19, 2009

Dalang kejatuhan ekonomi global

Zionist punya hal



Akhirnya kerajaan mengakui bahawa negara kita sedang berhadapan dengan satu malapetaka ekonomi. Malapetaka ini bukan muncul dengan tiba-tiba.

Ia adalah hasil projek ekonomi yang telah dimulakan dari zaman presiden Amerika Syarikat, Ronald Reagan dan perdana menteri Britain, Margaret Thatcher – 25 tahun dahulu. Dasar ekonomi ini dinamakan globalisasi dan penswastaan.

Penswastaan diajukan oleh pemilik-pemilik bank di Wall Street dan City of London pada awal 1980-an dahulu. Kaum pemodal syarikat multinasional dan tuan empunya bank melalui dasar penswataan merancang satu strategi untuk membolot semua harta kakayaan dalam dunia ini.

Justeru penswastaan dikahwinkan dengan dasar globalisasi.

Dasar penswastaan ini dijual oleh Bank Dunia dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) kepada negara-negara Asia, Afrika dan Latin Amerika. Pelbagai bentuk ganjaran dan tekanan telah diberikan oleh dua badan besar ini agar dasar penswastaan dan globalisasi ini diterima.

Maka muncullah ayat-ayat klise – dunia tanpa sempadan – dan pelbagai mantra yang karut-marut untuk melalaikan dan memerangkap warga dunia ketiga.

Di Malaysia, apabila beruk melihat, maka beruk pun meniru. Justeru pada 1980-an dan 1990-an, MENTERI MALYSIA meniru bulat-bulat dasar penswastaan ini. Air, elektrik, penerbangan, hospital, jalan raya, sistem kumbahan, universiti dan pelbagai harta negara telah diswastakan.

Dasar penswastaan ini selari dengan Dasar Ekonomi Baru - mengagih-agih kekayaan kepada Bumiputera. Maka berbondong- bondonglah harta negara jatuh ke tangan individu atau syarikat individu.

Maka semakin dikenali perkataan-perkataan seperti pink form dan EPU (Unit Perancang Ekonomi di JPM) – yang dilihat sebagai mesin ATM untuk kroni-kroni United Malays National Organisation.

Harta yang dimodalkan, didirikan dan dikendalikan oleh negara mula diagih-agihkan kepada kroni, anak bini dan kaum keluarga.

Globalisasi, penswastaan dan ekonomi terbuka hanyalah tipu helah IMF dan Bank Dunia. Dibelakang IMF dan Bank Dunia ini adalah tuan-tuan punya bank dan kaum pemodal Anglo-Amerika.

Sebenarnya dasar penswastaan dan globaisasi ini adalah dasar penjajahan bentuk baru. Ia merupakan sistem kolonialisma yang lebih licik dan lebih tersusun.

Melalui penswastaan dan globalisasi ini, wujud satu empayar baru yang bernama Pax Americana. Sama seperti empayar Pax Romana dan Pax Britannia – empayar baru ini memiliki tanah-tanah jajahan di seluruh dunia.

Perjanjian perniagaan dibuat, pasaran dibuka. Perjanjian ketenteraan diikat – pengkalan tentera darat, udara dan laut didirikan. Gedebe dan kaki-kaki busuk Asia, Afrika dan Amerika Latin – ramai yang bersedia bekerjasama untuk menjadi budak suruhan Pax Americana.

Sekali-sekala pemimpin negara dunia ketiga ini akan naik syahwat apabila diterima mengadap ke Rumah Putih. Jangan lupa bagaimana LAKSAMANA DO RE MI telah merasuah tukang lobi di Washington DC agar dapat masuk ke Rumah Putih untuk "mencium" tangan George W Bush pada 2002.

Melalui dasar penswataan dan ekonomi terbuka, modal Anglo-Amerika mula menerobos masuk. Modal-modal ini mula membeli harta-harta strategik seperti air, api, media, stesen TV, hospital, syarikat pengangkutan. Pemodal Anglo-Amerika ini secara licik mencari rakan niaga di kalangan warga tempatan yang memiliki jaringan dan hubungan kuasa politik.

Malah ahli-ahli politik akan diberi hak milik atau saham agar segala bentuk projek diluluskan.

Justeru di Malaysia, kita mula melihat jenama global MacDonald, Burger King, Tesco atau StarBucks berselirat mencari mangsa. Impak kedatangan syarikat-syarikat gergasi ini kepada peniaga tempatan jarang dan tidak pernah dibincangkan – malah tidak ada langsung penilian ekonomi dilakukan.

Dalam masa yang sama, undang-undang dan akta telah diluluskan di Parlimen untuk memastikan kepentingan kaum pemodal Anglo-Amerika ini akan terjaga dengan baik. Buruh tidak dibenarkan berpersatuan. Buruh dilarang mogok.

Jika ada pemimpin buruh yang menyusun kaum pekerja, ia akan ditahan. Tuntutan gaji minimum ditolak untuk memastikan kaum pemodal mendapat keuntungan maksimum.

Peniaga-peniaga kecil tempatan merasa tekanannya dan tidak mungkin dapat bersaing.. Banyak yang bungkus dan tutup kedai. Kematian peniaga tempatan ini menggembirakan pemodal Anglo-Amerika ini kerana suasana ini cukup sihat untuk mereka meluaskan pasaran.

Selama 25 tahun semenjak dasar pasaran terbuka dan globalisasi ini diperkenalkan, kaum pemodal Anglo-Amerika ini kini telah berjaya mengawal hampir kesemua bahan mentah dunia. Mereka boleh menaikkan atau menurunkan harga bahan-bahan mentah ini.

Mereka berhujah bahawa yang menentukan turun naik harga ialah pasaran bebas. Hujah ini bohong! Merekalah di Wall Street dan di City of London yang menentukan turun naiknya harga bahan-bahan mentah.

Dari belakang panggung – tuan-tuan empunya bank dan gedung perniagan sentiasa merancang. Mereka mewujudkan kumpulan-kumpulan pemikir. Mereka mendirikan jaringan sokongan yang berselirat di seluruh dunia.

Mereka memberi dana kepada ribuan NGO di Asia, Afrika dan Amerika Latin untuk memastikan dasar dan falsafah ekonomi terbuka dan globalisasi mereka diterima. Tujuan mereka: terus membolot harta kekayaan dalam dunia ini.

Elit ekonomi dan tuan empunya bank amat jarang menampakkan diri mereka secara terbuka. Jaringan-jaringan kabel mereka tersusun secara rahsia. Cara mereka bekerja tidak jauh bezanya daripada cara Mafia atau kongsi gelap bergerak.

Organisasi seperti Bilderberg Group, Bohemian Grove, Masonic dan Illuminati adalah sarang dan tempat mereka berkumpul dan merancang. Merekalah yang memiliki kuasa untuk menaik atau menurunkan ahli-ahli politik - bukan sahaja di Amerika Syarikat dan London tetapi di seluruh dunia.

Di Rusia, pada satu ketika dahulu, mereka berjaya menaikkan Yeltsin. Lihat apa yang terjadi – habis harta negara lingkup. Di timur tengah, tidak ada Sheikh dan Emir yang berani bersuara. Lihat apa yang terjadi kepada Saddam.

Cuba di bawah Castro yang merdeka dan bebas terus dihuru-hara. Chavez dan Ahmadinejad dilihat sebagai musuh kerana tidak membenarkan modal Anglo-Amerika memporak-perandakan ekonomi negara mereka.

Hari ini dunia sedang dalam kesakitan. Jika kita sakit, maka kita wajib kenal pasti apakah penyakit kita itu. Jika telah diketahui, maka baru boleh diubati. Jika tersalah baca, maka tidak mungkin sakit itu dapat diubati.

Ada yang mengatakan bahawa krisis hari ini adalah krisis kewangan. Ada yang mengatakan bahawa krisis hari ini adalah krisis ekonomi. Ada yang menuduh krisis ini timbul kerana tuan punya bank dan para CEO tamak haloba. Ada yang menuduh bahawa krisis ini timbul kerana kurang kawalan.

Semua ini tidak salah. Tetapi semua ini hanyalah manifestasi daripada penyakit itu. Krisis yang kita hadapi hari ini adalah krisis kapitalisme. Sistem ekonomi kapitalisme telah sampai ke satu tahap bahawa ia tidak mungkin dapat bergerak lagi. Pengeluaran dan pemintaan telah tepu.

Contohnya: dunia telah padat dengan kereta – pembeli terakhir dari negara China. Apabila rakyat China tidak lagi membeli kereta maka Toyota, Nissan, General Motor jatuh muflis.

Atau: ketika ini warga Malaysia yang berupaya membeli kereta telah membeli kereta. Maka telah sampai ke tahap kalau Proton terus mengeluarkan kereta, pasti tidak ada lagi pembelinya.

Seribu satu macam galakan yang diberikan tidak juga akan melahirkan pembeli. Tidak lama lagi Proton akan muflis. Atau sebenarnya Proton telah muflis tetapi kita tidak diberitahu.

Monday, May 18, 2009

Hutang, riba hukum-hakam pemodal








Hishamuddin Rais | Apr 9, 09 4:16pm
Semua yang wujud dalam alam ini bergerak mengikut hukum alam. Manusia wujud melalui DNA. Bumi ini wujud kerana pertemuan, asakan dan pergumpalan pelbagai bentuk elemen kimia yang terpencar bersepah dalam udara hasil daripada Letupan Besar.

Seperti besi berani yang akan terus menghala medannya ke utara, begitu juga hukum hukum alam ini tidak berubah-ubah. Manusia yang memiliki akal akan mencari dan menemui hukum-hukum ini.

Penemuan hukum-hakam alam ini menjadikan asas kepada tamadun manusia. Hukum alam ini tidak akan beralih-alih. Hukum-hakam ini berkecuali, tidak memiliki nilai.

Nilai baik atau jahat lahir daripada akal manusia.

Madame Marie Curie menemui radium dan menemui cahaya X dalam uranium. Dia juga menemui hukum-hakam uranium. Ciri dan watak uranium tidak pernah berubah.

Apabila ditemui ciri dan hukum-hakam uranium, maka akal manusia jugalah yang cuba mengubah hukum-hakam ini sehingga melahirkan bom atom.

Kajian hukum-hakam algebra dan ilmu bintang oleh al-Khwarizmi di Baitul Hikmah, Baghdad di zaman Khalifah Al-Mamun berkembang hingga ke hari ini.

Hukum ilmu bintang ini berkecuali – hanya kuasa imperial Anglo-Amerika yang menggunakan hukum ini untuk kebejatan dengan meletakkan senjata di atas langit.

Kapitalisme juga bergerak mengikut hukum-hakam. Hukum pertama kapitalisme ialah: untuk mendapatkan keuntungan maksimum. Hukum ini tidak akan beralih-alih.

Sama ada kapitalis ini Majusi, Yahudi, Nasrani atau Islam – hukum kapitalis tetap sama.

Kapitalisme juga bergerak melalui hutang. Sistem kapitalisme akan runtuh jika hutang dan riba tidak wujud. Kepala jahat yang melahirkan hutang dan riba ini ialah bank.

Justeru kita wajib memahami bagaimana bank mula bergerak untuk mendapat keuntungan maksimum.

Sebelum kemunculan bank – di zaman kapitalisma kaum pedagang - emas adalah tukaran. Justeru, jika kita menyemak Sejarah Melayu, kita akan terbaca ufti yang dibayar kepada Raja Siam berbentuk Bunga Emas.

Kita juga terbaca perkataan perak sebagai wang. Jika melawat musium, kita akan akan dapat melihat mata wang lama Alam Melayu – emas dan perak.

Para saudagar yang berniaga akan mengupah tukang emas untuk membuat kepingan emas dan perak ini sebagai tukaran membeli-belah.

Saudagar akan meninggalkan emas dan perak untuk disimpan ke dalam peti besi tuan kedai. Kepingan emas dan perak ini dijaga rapi. Sebagai tandanya, tuan kedai akan menulis di atas kertas jumlah emas yang tersimpan.

Kertas ini cukup berharga. Sesekali si saudagar akan datang melihat emasnya yang tersimpan.

Tuan kedai emas melihat bahawa surat yang ditulisnya telah diyakini umum. Keyakinan ini datang kerana tuan kedai bukan hanya menyimpan untuk seorang saudagar tetapi berbelas-belas.

Jika ada si saudagar atau sesiapa yang datang untuk melihat emasnya, tuan kedai akan memperlihatkan emas-emas kepunyaan saudagar yang lain. Keyakinan bertambah.

Dari sini hukum kapitalisme bergerak lagi. Contohnya, tuan kedai menyimpan 100 keping emas yang dimiliki saudagar Buluh Kasap. Jika disimpan, maka nilainya tidak bertambah.

Justeru tuan kedai telah menulis 200 keping kertas untuk Buluh Kasap. Ertinya, ada seratus keping kertas lebih daripada 100 keping emas. Lebihan kertas ni menjadikan modal saudagar Buluh Kasap bertambah satu kali ganda.

Kertas yang ditulis oleh tuan kedai ini diuar-uarkan sama dengan nilai emas yang tersimpan dalam peti besi tuan kedai - inilah asal-usul duit kertas atau bank note.

Daripada pengalamannya, tuan kedai tahu bahawa para saudagar ini tidak semuanya akan datang serentak untuk melihat emas simpanan masing-masing. Justeru, dia boleh memutarbelitkan jumlah kepingan emas yang disimpan.

Hukum keuntungan maksimum sistem kapitalis bergerak lagi. Kali ini tuan kedai bukan lagi mengeluarkan kertas kepada si penyimpan emas sahaja tetapi telah berani menjual kertas ini kepada sesiapa sahaja yang sanggup membayar untuk digunakan sebagai modal.

Kertas yang dijual ini pastilah telah melebihi daripada jumlah emas yang tersimpan. Perkara ini tidak diketahui umum kerana tuan kedai menyimpan emasnya secara rashia - konon untuk menjaga kestabilan suasana perniagaan.

Tuan kedai emas menjadi kaya dengan menjual kertas kosong yang tidak berasaskan emas. Justeru inilah asal-usul bank dalam sistem kapitalisme. Amat jelas bank bermula dengan pembohongan.

Pembohongan ini menjadi kukuh kerana adanya keyakinan daripada orang ramai. Mereka yakin kerana melihat ramai saudagar telah menyimpan emas dengan tuan kedai..

Tuan kedai emas ini juga dilihat hebat di kalangan masyarakat kerana memiliki rumah besar, isteri gemuk, makanan sedap, ada babu dan pengawal peribadi.

Tuan kedai emas ini akhirnya menjadi pemilik bank. Gejala ini berlaku 500 tahun dahulu. Jika kita membaca karya Shakespeare, kita akan bertemu dengan si Mamat yang bernama Shylock tuan peminjam wang di kota Venice.

Shylock ini watak pemilik bank 500 tahun dahulu. Hari ini watak, hukum-hakam dan ciri-ciri seorang pemilik bank tidak pernah berubah. Hutang wajib dibayar. Jika tidak, daging seketul wajib diagihkan.

Hari ini, 500 tahun kemudian, asas hukum perbankan tidak pernah berubah tetapi cara pengendalian lebih tersusun.

Umum selalu bertanya dari mana datangnya wang. Jawabnya: yang mencetak wang ialah bank. Caranya tidak jauh bezanya daripada amalan tuan kedai emas dahulu.

Contoh: Ada sebuah bank bernama Bank Buluh Kasap yang memiliki modal sebanyak 100 ringgit. Bank ini mendapat pelanggan 10 orang yang menyimpan 100 ringgit seorang.

Ertinya bank ini ada 1100 ringgit. Bank ini kemudian memberi pinjaman kepada 10 pelanggan baru. Setiap pelanggan dipinjamkan 200 ringgit. Lihat silap mata!

Dari 100 ringgit modal asal, kini menjadi 2100 ringgit.

Bank ini sebenarnya tidak memberikan pinjaman duit tetapi kredit. Tidak ada duit bertukar tangan - ini duit atas angin. Tuan punya bank seperti tuan kedai emas tahu bahawa tidak semua pelanggan akan datang serentak untuk mengeluarkan duit simpanan..

Bank memungut bunga dan riba – yang dipanggil untung. Duit bunga ini akan terus dipusingkan untuk dipinjamkan lagi. Ertinya duit dalam sistem ekonomi kapitalis lahir daripada hutang dan bunga.

Beginilah yang telah dilakukan oleh semua bank. Inilah caranya bagaimana duit muncul dalam pasaran. Sistem bank dalam ekonomi kapitalis bergerak mengikut hukum ini.

Dalam masa yang sama, si peminjam diminta memberi cagaran – amalan ini untuk menjamin keuntungan kepada bank. Jika si pelanggan gagal membayar hutang, maka cagaran akan terlupus.

Harus difahami bahawa bank membuat duit bukan melalui cagaran. Bank membuat duit dengan memberi orang berhutang. Cagaran hanya mainan silap mata untuk melahirkan keyakinan.

Katakan pada hari Rabu minggu hadapan, semua pelanggan Bank Buluh Kasap ingin mengeluarkan duit - maka tertonggeng dan terkangkang Bank Buluh Kasap!

Tidak ada duit sebenarnya dalam bank itu. Yang berpusing-pusing hanya kertas. Tertongeng dan terkangkang inilah yang sedang kita hadapi semenjak September 2008.

Bank Northern Rock di Scotland tertonggeng apabila semua penyimpan datang beratur untuk meminta wang simpanan mereka - permulaan hilangnya keyakinan orang ramai terhadap bank.

Orang ramai tidak yakin bahawa duit mereka akan selamat. Apabila orang ramai hilang keyakinan, maka silap mata bank akan kantoi. Orang ramai akan berbondong-bondong datang untuk mengeluarkan duit mereka.

Bank yang pandai main silap mata kini tidak dapat melakukan apa-apa melainkan mengaku diri mereka bankrap - inilah yang sedang berlaku sekarang.

Selama 30 tahun yang lalu, pelbagai bentuk mainan silap mata telah dilakukan oleh bank. Pemilik-pemilik ban ini telah mempengaruhi para ahli politik untuk melupuskan pelbagai larangan dan rintangan.

Mereka memungut riba dan mengumpul harta. Dengan harta kekayaan yang terkumpul hasil daripada memakan riba, para pemilik bank telah memberi sumbangan kepada politikus.

Persekongkolan ini cukup intim. Para pemilik bank ini tidak pernah muncul di khalayak umum. Tetapi kepentingan mereka terjamin melalui para politikus yang akan bersuara menjaga kepentingan mereka.

Pada 2009, banyak bank telah muflis. Lalu timbul persoalan. Ke mana perginya duit-duit ini? Harta kekayaan tidak hilang, ia hanya bertukar tangan.. Duit ringgit milik orang ramai yang tersimpan di bank telah dijadikan modal untuk membuat lebih banyak untung.

Keuntungan ini disimpan. Penyimpan duit di bank boleh jatuh muflis, bank boleh diistihar bankrup tetapi tuan empunya bank tidak pernah bankrup.

Ada pelangan akan kalah judi di Genting tetapi syarikat Lim Goh Tong sampai kiamat tidak akan bankrup - ini juga hukum sistem kapitalis.





The Arrivals ....

Because of the truth is so shocking.. You TUbe have delete some parts of the The Arrivals series. You can also watch them all at The WakeUp Projects
at http://www.thewakeupproject.blogspot.com/