Sunday, April 12, 2009

Amalan Minum Rasulullah

Rasulullah SAW amat menyukai minum madu yang dicampur dengan air sejuk.amalan ini untuk tujuan amalan kesihatan. Rasulullah SAW juga suka minum air sejuk dan mencicip madu sebelum makan apa-apa di waktu pagi.

Antara khasiat amalan-amalan ini ialah:

1.Menghilangkan balqham (kahak/lendir)
2.Mencuci perut
3.Membuang sisa-sisa makanan yang tertinggal di dalam perut yang tidak dicernakan dengan sempurna dan menolaknya ke usus besar
4.Menghapuskan sukatan dalam usus, menghilangkan senak perut dan sedu
5.Memperbaiki fungsi buah pinggang, limpa dan hati.

Rasullah SAW suka minum air yang telah disimpan semalaman di dalam suatu bekas. Minuman Manis dan Sejuk.

Aisyah (ranha) meriwayatkan bahawa: " Di antara banyak-banyak jenis minuman, Rasulullah SAW suka minuman manis dan sejuk" Hadis bermaksud, baginda mengemari minuman manis dan sejuk, campuran madu atau nabiz (rendaman buah tamar). Didalam suatu doa Rasullah ada menyebut " Ya Allah kurniakanlah aku dengan cintaMu yang lebih besar dari cintaku kepada nyawa, harta, anak dan cintaku kepada air sejuk" Ini memberi isyarat bahawa sudah tentu minuman air sejuk itu mempunyai khasiat yang lebih besar. Adapun minuman jika terkumpul di dalamnya kemanisan dan kesejukan akan menjadi asbab yang paling bermanfaat untuk penjagaan kesihatan tubuh badan Ini sekali gus berperanan bahan pemakanan dan mencernakan makanaan yang masuk ke dalam tubuh lalu menyalurkannya ke seluruh anggota badan

Ringkasan adab minum

1. Gelas atau cawan hendaklah dipegang dengan tangan kanan
2. Bacalah " Bismillah"
3. Minum dengan tiga nafas
4.Minum dalam keadaan duduk
5. Jangan bernafas ke dalam air. Setiap kali berhenti minum arahkan
pernafasan ke tempat lain.
6. Setiap kali berhenti minum (pada setiap penafasan) bacalah Alhamdullilah
7. Jika tidak ada tempat untuk duduk adalah diharuskan minum sambil
berdiri
8. Minum dari baki air yang telah diminum oleh orang lain.
9. Hadis menyatakan bahawa saki baki air minuman seseorang Islam adalah
ubat untuk penyakit
10. Jangan terus minum selapas dari melakukan persetubuhan ataupun
setelah selesai mengerjakan kerja-kerja berat. Jazakallah hu khairan
kathiraa

"Ya Allah, selamatkanlah umat Islam yg sedang sengsara di Lubnan, Palestin, Afghanistan, Iraq, Chechnya serta di seluruh pelosok dunia akibat dari angkara mungkar dan kekejaman musuh-musuh Mu. Peliharakanlah mereka, lindungilah mereka, kasihanilah mereka dan berikanlah rahmatMu ke atas mereka.

Amin, ya Rabbal A'lamin."

*“Sebahagian dari artikel ini bukanlah artikel sebenar saya. Ada di antara artikel ini saya terima melalui sms, email dan juga PM di laman web sosial saya

10 Kunci Persahabatan Yang Baik

1) Pilih orang yang mempunyai minat yang sama seperti anda supaya anda mempunyai persamaan, tetapi jangan mengetepikan orang yang langsung tidak mempunyai persamaan dengan anda, bersikap terbuka baik untuk anda.

2) Ingatlah pada satu pedoman penting iaitu berlaku baik terhadap orang lain sebagaimana anda suka diperlakukan. Sekiranya anda menghormati orang lain, orang lain akan menghormati anda juga.

3) Sedarlah bahawa tiada siapa yang sempurna, setiap orang mempunyai sifat-sifat aneh dan kecacatan, dan menerima kecacatan antara satu sama lain adalah kunci persahabatan yang baik.

4) Hargai pendapat satu sama lain.

5) Sedarlah bahawa kawan yang rapat sekalipun tidak dapat bersama 24 jam. Bina minat-minat yang lain dan jangan cemburu apabila kawan anda mempunyai minat-minat yang lain juga.

6) Komunikasi sangat penting, kawan anda tidak boleh membaca fikiran anda. Sekiranya ada sesuatu yang menjejaskan persahabatan anda, beritahulah.

7) Jangan biarkan faktor luaran seperti tekanan (stress) menjejaskan persahabatan anda. Kawan yang baik akan membenarkan anda melepaskan perasaan kepada mereka, tetapi jangan hanya mempergunakan mereka untuk melepaskan perasaan ... dan sebagai balasan anda sepatutnya bersedia untuk mendengar luahan perasaan mereka pula.

8) Belajar daripada satu sama lain.

9) Jangan mengata di belakang kawan anda.

10)Pilih kata-kata anda dengan bijaksana kerana anda tidak boleh menariknya kembali.

*“Sebahagian dari artikel ini bukanlah artikel sebenar saya. Ada di antara artikel ini saya terima melalui sms, email dan juga PM di laman web sosial saya

Erti Sebuah Persahabatan

Dalam dunia ini kita tidak punya sesiapa.....
Kecuali diri sendiri tetapi dalam kita bersendirian, kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita.
Sebagaimana kita mengharapakan keiklasan dan kejujuran
Seorang sahabat, begitulah juga dia.

Tetapi kita sering terlupa akan hal itu. Cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita.
Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya.
Kita tidak memberi dia peluang untuk menerangkan keadaannya.
Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.
Kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati.

Kita beri beribu alasan memaksa dia terima alasan kita. Waktu itu, terfikirkah kita perasaannya..? Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa.. tetapi kita sering terlupa. Untungnya mempunyai seorang sahabat yang sentiasa memahami. Yang selalu berada di sisi pada waktu kita memerlukannya. Dia mendengar luahan perasaan kita,segala rasa kecewa dan ketakutan.

Harapan dan impian juga kita luahkan. Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah. Selalunya kita terlalu asyik menceritakan tentang diri kita hingga kadang-kadang kita terlupa sahabat kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita.

Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya? Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita. Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya? Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya sepertimana dia meniup semangat setiap kali kita rasa kecewa dan menyerah kalah? Dapatkah kita yakinkan dia yg kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah? Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia bersandar harapan?

Sesekali jadilah sahabat yg mendengar dari yang hanya bercerita.....
Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan sahabat
Kerana dia juga seorang manusia
Dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang, sedih dan kecewa.
Dia juga ada kelemahan dan memerlukan seorang sahabat.....

Sebagai kekuatan.....
Jadilah kita sahabatnya itu.
Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangkakan. Di sebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan.....Di sebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan.....Kita tidak tahu.
Tetapi..... jika kita cuba jadi sahabat sepertinya, mungkin kita akan tahu.....

RENUNGILAH...
HARGAILAH SEBUAH PERSAHABATAN KERANA DI SEBALIKNYA TERSIMPUL SEGALA-GALANYA.....

*“Sebahagian dari artikel ini bukanlah artikel sebenar saya. Ada di antara artikel ini saya terima melalui sms, email dan juga PM di laman web sosial saya


Saturday, April 11, 2009

Siapa boleh Jawab Soalan A level ni..


Nak tau jawapan ?? Tunggu..

Thursday, April 2, 2009

Tips menolak permusuhan

1. Maafkan sahaja..tak kiralah sapa benar atau salah
2. Jika tidak mampu memaafkan, cepat2 berlalu, mendiamkan diri tanpa membalas
3. Kenang detik-detik manis atau kebaikan yang pernah dilalui bersama dengan 'musuh' kita
4. Muhasabah hubungan kita dengan Allah. Mungkin Allah ingin mendidik kita melalui kerenah musuh kita itu.
5. Sedarlah, kita hanyalah hamba.Penuh dengan kekurangan dan kesalahan. Kita layak disakiti, disalahertikan dan sebagainya.

Gathering 2008...

MESYUARAT AGONG TAHUNAN / PERJUMPAAN PERSATUAN ALUMNI
SMK RAJA PERMAISURI BAINUN, IPOH 2008
(telah diadakan di Dewan SMK Raja Permaisuri Bainun, Ipoh
pada 2 & 3 Ogos 2008)

Antara batch kita yang telah hadir : Zainal Abidin,
Shamsul Akma,
Norazhar Samad, Azila Syasmin, Mohd Tarmizi,
Mohd Kamil, Mohd Hazman,
Saipul Baharin,
Mahyuddin Mat Ibrahim, Meor Azam, Mohd Akmam,

Badrul Hisham, Mohd Khairi, Rasydan, Zanariah, Aslinda




* Kudos to Hazman

Gathering 2007...

Majlis Makan Malam Amal PIBG
SMK Raja Permaisuri Bainun, Ipoh

Anjuran Bersama PIBG & Alumni

(telah diadakan di CLEARWATER SANCTUARY GOLF RESORT,
Batu Gajah, Perak pada 18 Ogos 2007)

Antara batch kita yang telah hadir : Hasroha, Sharifah Azlida (sherry),
Suriany, Aslinda, Mahyuddin Mat Ibrahim, Mohd Hazman,
Mohd Kamil, Basirul Elmi, Mohd Khairi, Meor Azam, Saipul Baharin


* Kudos to Hazman

Aktiviti 'xbainun8589' gathering

Assalamualaikum kawan2.

Kepada yang ingin mengetahui apa aktiviti yang bakal dilakukan sempena Gathering Day nih, rujuk kat bawah

Hari Jumaat : bertolak dari rumah ke Rompin dan sampai ke Rompin petang.
1 hb

malam : BBQ

Hari Sabtu : 8.00 - 9.00 pagi lepas breakfast
2 hb 10.00 pagi berjalan2 kat Taman Negeri Pahang
12.30 balik
1.00- 2.00 makan di Bandar Rompin
4.00 - 6.00 free aktivity (kalau saper ada idea, boleh share)

Malam 8.00 dinner ikan bakar

Ahad: Balik
3 hb

Okey, sesiapa yang rasa perlu ditambah aktiviti yang lain, sangatlah dialu-alukan...

tima kasih

Masa mengimbas kenangan silam..

Ni gambar kenangan rumah bendahara johan bola tampar.. almaklumlah
ada pemain sekolah main sekali..memang lah johan, kan ..
ni gambar budak tingkatan 2A2 tahun 1986..alah comelnye Meor Azam...

Barisan Ke-3 (kanan) : Mohd Nizam, Fuad, Mohd Rezal, Mohd Nazri, Basirul Elmi,
Saipul Baharin, Norazhar, Allahyarham Mohd Farizal, Ahmad Mahyuddin, Ahmad Razman, Shamsul Akma, Rosman, Meor Azam
Barisan ke-2 (kanan) : Hasroha, Aslinda, Sharifah Azlida, Norashikin, Ruhaya, Zanariah,
Anis Fadzila, Mastura, Rosnita, Nor Azlin
Duduk (kanan) : Cikgu Hassan, Cikgu Baharom, Cikgu Ramlah, Cikgu Juhanis, Ustaz Adzmi,
Tuan Haji Kamarzaman, Cikgu Rozana, Cikgu Liew, Cikgu Mokhtar, Cikgu Mahmud,
Cikgu Ismail, Ustazah Khadijah
(Kalau ada yang tersilap/salah, sila beritahu)
Ni gambar masa tahun 1985. Sydan telah pun memulakan langkah pertamanya mengorat Zana dengan sengaja berdiri di sebelah Zana semasa menangkap gambar beramai-ramai..eleh..cam aku tak tahu..??
Okey itu aje update hari ni...nak buat keje lain pulak...