Friday, May 29, 2009

Ikhlas

Oleh Ustaz Ahmad Baei Jaafar
Mengaku ikhlas belum tentu ikhlas kerana lidah manusia boleh berpura-pura bermain kata-kata. Ikhlas ialah kerja hati yang siapa pun tidak mengetahuinya kecuali ampunya diri, sedangkan dia masih boleh menzahirkan sebaliknya.
Oleh sebab itu, tiada hak bagi seseorang menuduh seseorang yang lain sebagai tidak ikhlas. Adalah satu kesalahan seseorang Muslim menuduh orang Muslim yang lain dengan yang negatif. Hal ini kerana seseorang tidak mampu mengetahui apa yang terkandung dalam hati seseorang. Hanya Allah dan orang yang berkenaan sahaja yang mengetahui niat di hatinya.
Sebenarnya ikhlas ialah rahsia hati seseorang tatkala melaksanakan sesuatu pekerjaan. Ikhlas pada bahasa bererti bersih, maka orang yang ikhlas, hatinya bersih daripada sifat riak. Tindakannya tidak mahu menunjuk-nunjuk kepada orang lain, sebalik dilakukannya hanya kerana perintah Allah.
Bagaimana Untuk Ikhlas
Persoalan sekarang bagaimana hendak menjadikan seseorang itu ikhlas. Bagaimana menjadinya ikhlas dalam mengamalkan agama, ikhlas dalam melakukan ibadah kepada Allah, ikhlas dalam pergaulan dengan manusia, dan ikhlas dalam melaksanakan apa yang diamanahkan kepadanya.
Sebenarnya orang yang ikhlas sama ada berhadapan dengan Allah atau manusia ketika melakukan sesuatu amalan atau kerja, tidak mengharapkan balasan dan sanjungan. Namun dia percaya perbuatannya pasti dinilai oleh Allah sebaiknya. Apa yang penting di sisinya ialah amalannya diterima oleh Allah s.w.t.
Lazimnya orang yang ikhlas takut untuk menyatakan bahawa apa yang dilakukan itu adalah ikhlas. Padanya biarlah pemberian tangan kanannya tidak disedari oleh tangan kiri. Walau bagaimanapun kadang-kadang tindak tanduknya perlu juga diberitahu kepada orang ramai tentang keikhlasan hatinya.
Perhatikan dua contoh berikut; seorang kaya hendak memberi sumbangan kepada jirannya yang miskin, diserahkan kepadanya tatkala orang lain tidak nampak. Dia memberi semata-mata untuk menolongnya kerana seruan Allah.
Dalam kes yang lain, sesebuah syarikat hendak mendermakan kepada sesuatu badan kebajikan, perlu diisytiharkan kepada orang awam. Pemberian itu adalah ikhlas untuk membantu mengurangkan beban badan kebajikan itu. Pada masa yang sama pemberian itu boleh memberi rangsangan kepada orang kaya lain supaya turut berderma.
Pemberian orang kaya dan syarikat itu tidak boleh dituduh sebagai tidak ikhlas atau riak kerana tidak siapa pun yang mengetahui niat hati pihak berkenaan. Tuduhan orang lain dalam hal ini adalah salah dan berdosa kerana dia seolah-olah mendahului Allah dalam menghukum seseorang. Jadi, serah sahaja urusan menghukum seseorang itu sama ada ikhlas atau tidak kepada Allah. Tetapi alangkah baiknya kalau kita doakan seseorang yang memberi sesuatu sumbangan itu berhati ikhlas. Ingatlah bersangka baik terhadap seseorang itu adalah satu ibadah yang pasti besar pahalanya.
Riak Perlu Dijauhi
Siapakah yang sebenarnya termasuk dalam riak? Riak ialah sifat mazmumah yang amat keji kerana sifat itu termasuk dalam kategori syirik khafi, syirik yang tersembunyi. Riak juga sama seperti sifat ikhlas yang tidak siapa pun boleh mengesannya sama ada riak atau tidak. Menuduh seseorang itu riak adalah dosa kerana hakikat sebenarnya hanya Allah dan diri individu tersebut sahaja yang tahu.
Jadi, elaklah membuat tuduhan terhadap seseorang sebaliknya menilai seseorang itu mengikut kadar yang kita lihat secara zahir. Sebenarnya, orang yang riak dapat dilihat pada tingkah laku, ucapan dan kata-katanya. Jika seseorang itu bertindak atau menyatakan sesuatu melebihi daripada kadar biasa, kemungkinan hatinya sudah riak. Namun, berdasarkan itu pun kita tidak boleh menuduhnya riak.
Walau bagaimanapun bagi seseorang individu yang dapat mengesan dirinya sebagai riak seharusnya berusaha untuk tidak meneruskannya. Sebagai contoh, seseorang yang berjaya melakukan solat tahajjud pada malam hari, maka pada keesokannya dia cuba hendak menceritakan kepada kawan-kawannya apa yang dilakukan pada malam hari. Jika dia sedar ketelanjurannya itu, seharusnya dia bertaubat dan tidak menceritakan semua itu kepada orang lain.
Riak Tanpa Sedar
Seseorang itu juga boleh dikategorikan sebagai riak apabila dia tidak mahu melakukan kebaikan kerana takut dituduh riak. Inilah riak yang sering dilakukan tanpa sedar. Sebagai contoh, seorang bertanya kepada kawannya, “mengapa kamu tidak mahu pakai tudung” atau “bila kamu nak pakai tudung?” dengan beraninya dia berkata, “aku tidak mahu pakai lagi waktu ini kerana takut orang kata aku riak.”
Nauzubillah, ucapannya yang pendek itu sebenar sudah dinilai oleh Allah sebagai riak. Inilah yang sering kita dengar dari lidah umat Islam. Mereka tidak sedar bahawa perbuatan mereka itu adalah dosa, dosa riak, dan dosa syirik secara tidak sedar.
Umat Islam khususnya yang membaca artikel ini seharusnya berubah daripada terus memperoleh dosa secara tidak sedar ini. Ketahuilah dosa riak dalam bahagian ini banyak mengundang kemusnahan kepada amalan individu Muslim.

Tuesday, May 19, 2009

Dalang kejatuhan ekonomi global

Zionist punya hal



Akhirnya kerajaan mengakui bahawa negara kita sedang berhadapan dengan satu malapetaka ekonomi. Malapetaka ini bukan muncul dengan tiba-tiba.

Ia adalah hasil projek ekonomi yang telah dimulakan dari zaman presiden Amerika Syarikat, Ronald Reagan dan perdana menteri Britain, Margaret Thatcher – 25 tahun dahulu. Dasar ekonomi ini dinamakan globalisasi dan penswastaan.

Penswastaan diajukan oleh pemilik-pemilik bank di Wall Street dan City of London pada awal 1980-an dahulu. Kaum pemodal syarikat multinasional dan tuan empunya bank melalui dasar penswataan merancang satu strategi untuk membolot semua harta kakayaan dalam dunia ini.

Justeru penswastaan dikahwinkan dengan dasar globalisasi.

Dasar penswastaan ini dijual oleh Bank Dunia dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) kepada negara-negara Asia, Afrika dan Latin Amerika. Pelbagai bentuk ganjaran dan tekanan telah diberikan oleh dua badan besar ini agar dasar penswastaan dan globalisasi ini diterima.

Maka muncullah ayat-ayat klise – dunia tanpa sempadan – dan pelbagai mantra yang karut-marut untuk melalaikan dan memerangkap warga dunia ketiga.

Di Malaysia, apabila beruk melihat, maka beruk pun meniru. Justeru pada 1980-an dan 1990-an, MENTERI MALYSIA meniru bulat-bulat dasar penswastaan ini. Air, elektrik, penerbangan, hospital, jalan raya, sistem kumbahan, universiti dan pelbagai harta negara telah diswastakan.

Dasar penswastaan ini selari dengan Dasar Ekonomi Baru - mengagih-agih kekayaan kepada Bumiputera. Maka berbondong- bondonglah harta negara jatuh ke tangan individu atau syarikat individu.

Maka semakin dikenali perkataan-perkataan seperti pink form dan EPU (Unit Perancang Ekonomi di JPM) – yang dilihat sebagai mesin ATM untuk kroni-kroni United Malays National Organisation.

Harta yang dimodalkan, didirikan dan dikendalikan oleh negara mula diagih-agihkan kepada kroni, anak bini dan kaum keluarga.

Globalisasi, penswastaan dan ekonomi terbuka hanyalah tipu helah IMF dan Bank Dunia. Dibelakang IMF dan Bank Dunia ini adalah tuan-tuan punya bank dan kaum pemodal Anglo-Amerika.

Sebenarnya dasar penswastaan dan globaisasi ini adalah dasar penjajahan bentuk baru. Ia merupakan sistem kolonialisma yang lebih licik dan lebih tersusun.

Melalui penswastaan dan globalisasi ini, wujud satu empayar baru yang bernama Pax Americana. Sama seperti empayar Pax Romana dan Pax Britannia – empayar baru ini memiliki tanah-tanah jajahan di seluruh dunia.

Perjanjian perniagaan dibuat, pasaran dibuka. Perjanjian ketenteraan diikat – pengkalan tentera darat, udara dan laut didirikan. Gedebe dan kaki-kaki busuk Asia, Afrika dan Amerika Latin – ramai yang bersedia bekerjasama untuk menjadi budak suruhan Pax Americana.

Sekali-sekala pemimpin negara dunia ketiga ini akan naik syahwat apabila diterima mengadap ke Rumah Putih. Jangan lupa bagaimana LAKSAMANA DO RE MI telah merasuah tukang lobi di Washington DC agar dapat masuk ke Rumah Putih untuk "mencium" tangan George W Bush pada 2002.

Melalui dasar penswataan dan ekonomi terbuka, modal Anglo-Amerika mula menerobos masuk. Modal-modal ini mula membeli harta-harta strategik seperti air, api, media, stesen TV, hospital, syarikat pengangkutan. Pemodal Anglo-Amerika ini secara licik mencari rakan niaga di kalangan warga tempatan yang memiliki jaringan dan hubungan kuasa politik.

Malah ahli-ahli politik akan diberi hak milik atau saham agar segala bentuk projek diluluskan.

Justeru di Malaysia, kita mula melihat jenama global MacDonald, Burger King, Tesco atau StarBucks berselirat mencari mangsa. Impak kedatangan syarikat-syarikat gergasi ini kepada peniaga tempatan jarang dan tidak pernah dibincangkan – malah tidak ada langsung penilian ekonomi dilakukan.

Dalam masa yang sama, undang-undang dan akta telah diluluskan di Parlimen untuk memastikan kepentingan kaum pemodal Anglo-Amerika ini akan terjaga dengan baik. Buruh tidak dibenarkan berpersatuan. Buruh dilarang mogok.

Jika ada pemimpin buruh yang menyusun kaum pekerja, ia akan ditahan. Tuntutan gaji minimum ditolak untuk memastikan kaum pemodal mendapat keuntungan maksimum.

Peniaga-peniaga kecil tempatan merasa tekanannya dan tidak mungkin dapat bersaing.. Banyak yang bungkus dan tutup kedai. Kematian peniaga tempatan ini menggembirakan pemodal Anglo-Amerika ini kerana suasana ini cukup sihat untuk mereka meluaskan pasaran.

Selama 25 tahun semenjak dasar pasaran terbuka dan globalisasi ini diperkenalkan, kaum pemodal Anglo-Amerika ini kini telah berjaya mengawal hampir kesemua bahan mentah dunia. Mereka boleh menaikkan atau menurunkan harga bahan-bahan mentah ini.

Mereka berhujah bahawa yang menentukan turun naik harga ialah pasaran bebas. Hujah ini bohong! Merekalah di Wall Street dan di City of London yang menentukan turun naiknya harga bahan-bahan mentah.

Dari belakang panggung – tuan-tuan empunya bank dan gedung perniagan sentiasa merancang. Mereka mewujudkan kumpulan-kumpulan pemikir. Mereka mendirikan jaringan sokongan yang berselirat di seluruh dunia.

Mereka memberi dana kepada ribuan NGO di Asia, Afrika dan Amerika Latin untuk memastikan dasar dan falsafah ekonomi terbuka dan globalisasi mereka diterima. Tujuan mereka: terus membolot harta kekayaan dalam dunia ini.

Elit ekonomi dan tuan empunya bank amat jarang menampakkan diri mereka secara terbuka. Jaringan-jaringan kabel mereka tersusun secara rahsia. Cara mereka bekerja tidak jauh bezanya daripada cara Mafia atau kongsi gelap bergerak.

Organisasi seperti Bilderberg Group, Bohemian Grove, Masonic dan Illuminati adalah sarang dan tempat mereka berkumpul dan merancang. Merekalah yang memiliki kuasa untuk menaik atau menurunkan ahli-ahli politik - bukan sahaja di Amerika Syarikat dan London tetapi di seluruh dunia.

Di Rusia, pada satu ketika dahulu, mereka berjaya menaikkan Yeltsin. Lihat apa yang terjadi – habis harta negara lingkup. Di timur tengah, tidak ada Sheikh dan Emir yang berani bersuara. Lihat apa yang terjadi kepada Saddam.

Cuba di bawah Castro yang merdeka dan bebas terus dihuru-hara. Chavez dan Ahmadinejad dilihat sebagai musuh kerana tidak membenarkan modal Anglo-Amerika memporak-perandakan ekonomi negara mereka.

Hari ini dunia sedang dalam kesakitan. Jika kita sakit, maka kita wajib kenal pasti apakah penyakit kita itu. Jika telah diketahui, maka baru boleh diubati. Jika tersalah baca, maka tidak mungkin sakit itu dapat diubati.

Ada yang mengatakan bahawa krisis hari ini adalah krisis kewangan. Ada yang mengatakan bahawa krisis hari ini adalah krisis ekonomi. Ada yang menuduh krisis ini timbul kerana tuan punya bank dan para CEO tamak haloba. Ada yang menuduh bahawa krisis ini timbul kerana kurang kawalan.

Semua ini tidak salah. Tetapi semua ini hanyalah manifestasi daripada penyakit itu. Krisis yang kita hadapi hari ini adalah krisis kapitalisme. Sistem ekonomi kapitalisme telah sampai ke satu tahap bahawa ia tidak mungkin dapat bergerak lagi. Pengeluaran dan pemintaan telah tepu.

Contohnya: dunia telah padat dengan kereta – pembeli terakhir dari negara China. Apabila rakyat China tidak lagi membeli kereta maka Toyota, Nissan, General Motor jatuh muflis.

Atau: ketika ini warga Malaysia yang berupaya membeli kereta telah membeli kereta. Maka telah sampai ke tahap kalau Proton terus mengeluarkan kereta, pasti tidak ada lagi pembelinya.

Seribu satu macam galakan yang diberikan tidak juga akan melahirkan pembeli. Tidak lama lagi Proton akan muflis. Atau sebenarnya Proton telah muflis tetapi kita tidak diberitahu.

Monday, May 18, 2009

Hutang, riba hukum-hakam pemodal








Hishamuddin Rais | Apr 9, 09 4:16pm
Semua yang wujud dalam alam ini bergerak mengikut hukum alam. Manusia wujud melalui DNA. Bumi ini wujud kerana pertemuan, asakan dan pergumpalan pelbagai bentuk elemen kimia yang terpencar bersepah dalam udara hasil daripada Letupan Besar.

Seperti besi berani yang akan terus menghala medannya ke utara, begitu juga hukum hukum alam ini tidak berubah-ubah. Manusia yang memiliki akal akan mencari dan menemui hukum-hukum ini.

Penemuan hukum-hakam alam ini menjadikan asas kepada tamadun manusia. Hukum alam ini tidak akan beralih-alih. Hukum-hakam ini berkecuali, tidak memiliki nilai.

Nilai baik atau jahat lahir daripada akal manusia.

Madame Marie Curie menemui radium dan menemui cahaya X dalam uranium. Dia juga menemui hukum-hakam uranium. Ciri dan watak uranium tidak pernah berubah.

Apabila ditemui ciri dan hukum-hakam uranium, maka akal manusia jugalah yang cuba mengubah hukum-hakam ini sehingga melahirkan bom atom.

Kajian hukum-hakam algebra dan ilmu bintang oleh al-Khwarizmi di Baitul Hikmah, Baghdad di zaman Khalifah Al-Mamun berkembang hingga ke hari ini.

Hukum ilmu bintang ini berkecuali – hanya kuasa imperial Anglo-Amerika yang menggunakan hukum ini untuk kebejatan dengan meletakkan senjata di atas langit.

Kapitalisme juga bergerak mengikut hukum-hakam. Hukum pertama kapitalisme ialah: untuk mendapatkan keuntungan maksimum. Hukum ini tidak akan beralih-alih.

Sama ada kapitalis ini Majusi, Yahudi, Nasrani atau Islam – hukum kapitalis tetap sama.

Kapitalisme juga bergerak melalui hutang. Sistem kapitalisme akan runtuh jika hutang dan riba tidak wujud. Kepala jahat yang melahirkan hutang dan riba ini ialah bank.

Justeru kita wajib memahami bagaimana bank mula bergerak untuk mendapat keuntungan maksimum.

Sebelum kemunculan bank – di zaman kapitalisma kaum pedagang - emas adalah tukaran. Justeru, jika kita menyemak Sejarah Melayu, kita akan terbaca ufti yang dibayar kepada Raja Siam berbentuk Bunga Emas.

Kita juga terbaca perkataan perak sebagai wang. Jika melawat musium, kita akan akan dapat melihat mata wang lama Alam Melayu – emas dan perak.

Para saudagar yang berniaga akan mengupah tukang emas untuk membuat kepingan emas dan perak ini sebagai tukaran membeli-belah.

Saudagar akan meninggalkan emas dan perak untuk disimpan ke dalam peti besi tuan kedai. Kepingan emas dan perak ini dijaga rapi. Sebagai tandanya, tuan kedai akan menulis di atas kertas jumlah emas yang tersimpan.

Kertas ini cukup berharga. Sesekali si saudagar akan datang melihat emasnya yang tersimpan.

Tuan kedai emas melihat bahawa surat yang ditulisnya telah diyakini umum. Keyakinan ini datang kerana tuan kedai bukan hanya menyimpan untuk seorang saudagar tetapi berbelas-belas.

Jika ada si saudagar atau sesiapa yang datang untuk melihat emasnya, tuan kedai akan memperlihatkan emas-emas kepunyaan saudagar yang lain. Keyakinan bertambah.

Dari sini hukum kapitalisme bergerak lagi. Contohnya, tuan kedai menyimpan 100 keping emas yang dimiliki saudagar Buluh Kasap. Jika disimpan, maka nilainya tidak bertambah.

Justeru tuan kedai telah menulis 200 keping kertas untuk Buluh Kasap. Ertinya, ada seratus keping kertas lebih daripada 100 keping emas. Lebihan kertas ni menjadikan modal saudagar Buluh Kasap bertambah satu kali ganda.

Kertas yang ditulis oleh tuan kedai ini diuar-uarkan sama dengan nilai emas yang tersimpan dalam peti besi tuan kedai - inilah asal-usul duit kertas atau bank note.

Daripada pengalamannya, tuan kedai tahu bahawa para saudagar ini tidak semuanya akan datang serentak untuk melihat emas simpanan masing-masing. Justeru, dia boleh memutarbelitkan jumlah kepingan emas yang disimpan.

Hukum keuntungan maksimum sistem kapitalis bergerak lagi. Kali ini tuan kedai bukan lagi mengeluarkan kertas kepada si penyimpan emas sahaja tetapi telah berani menjual kertas ini kepada sesiapa sahaja yang sanggup membayar untuk digunakan sebagai modal.

Kertas yang dijual ini pastilah telah melebihi daripada jumlah emas yang tersimpan. Perkara ini tidak diketahui umum kerana tuan kedai menyimpan emasnya secara rashia - konon untuk menjaga kestabilan suasana perniagaan.

Tuan kedai emas menjadi kaya dengan menjual kertas kosong yang tidak berasaskan emas. Justeru inilah asal-usul bank dalam sistem kapitalisme. Amat jelas bank bermula dengan pembohongan.

Pembohongan ini menjadi kukuh kerana adanya keyakinan daripada orang ramai. Mereka yakin kerana melihat ramai saudagar telah menyimpan emas dengan tuan kedai..

Tuan kedai emas ini juga dilihat hebat di kalangan masyarakat kerana memiliki rumah besar, isteri gemuk, makanan sedap, ada babu dan pengawal peribadi.

Tuan kedai emas ini akhirnya menjadi pemilik bank. Gejala ini berlaku 500 tahun dahulu. Jika kita membaca karya Shakespeare, kita akan bertemu dengan si Mamat yang bernama Shylock tuan peminjam wang di kota Venice.

Shylock ini watak pemilik bank 500 tahun dahulu. Hari ini watak, hukum-hakam dan ciri-ciri seorang pemilik bank tidak pernah berubah. Hutang wajib dibayar. Jika tidak, daging seketul wajib diagihkan.

Hari ini, 500 tahun kemudian, asas hukum perbankan tidak pernah berubah tetapi cara pengendalian lebih tersusun.

Umum selalu bertanya dari mana datangnya wang. Jawabnya: yang mencetak wang ialah bank. Caranya tidak jauh bezanya daripada amalan tuan kedai emas dahulu.

Contoh: Ada sebuah bank bernama Bank Buluh Kasap yang memiliki modal sebanyak 100 ringgit. Bank ini mendapat pelanggan 10 orang yang menyimpan 100 ringgit seorang.

Ertinya bank ini ada 1100 ringgit. Bank ini kemudian memberi pinjaman kepada 10 pelanggan baru. Setiap pelanggan dipinjamkan 200 ringgit. Lihat silap mata!

Dari 100 ringgit modal asal, kini menjadi 2100 ringgit.

Bank ini sebenarnya tidak memberikan pinjaman duit tetapi kredit. Tidak ada duit bertukar tangan - ini duit atas angin. Tuan punya bank seperti tuan kedai emas tahu bahawa tidak semua pelanggan akan datang serentak untuk mengeluarkan duit simpanan..

Bank memungut bunga dan riba – yang dipanggil untung. Duit bunga ini akan terus dipusingkan untuk dipinjamkan lagi. Ertinya duit dalam sistem ekonomi kapitalis lahir daripada hutang dan bunga.

Beginilah yang telah dilakukan oleh semua bank. Inilah caranya bagaimana duit muncul dalam pasaran. Sistem bank dalam ekonomi kapitalis bergerak mengikut hukum ini.

Dalam masa yang sama, si peminjam diminta memberi cagaran – amalan ini untuk menjamin keuntungan kepada bank. Jika si pelanggan gagal membayar hutang, maka cagaran akan terlupus.

Harus difahami bahawa bank membuat duit bukan melalui cagaran. Bank membuat duit dengan memberi orang berhutang. Cagaran hanya mainan silap mata untuk melahirkan keyakinan.

Katakan pada hari Rabu minggu hadapan, semua pelanggan Bank Buluh Kasap ingin mengeluarkan duit - maka tertonggeng dan terkangkang Bank Buluh Kasap!

Tidak ada duit sebenarnya dalam bank itu. Yang berpusing-pusing hanya kertas. Tertongeng dan terkangkang inilah yang sedang kita hadapi semenjak September 2008.

Bank Northern Rock di Scotland tertonggeng apabila semua penyimpan datang beratur untuk meminta wang simpanan mereka - permulaan hilangnya keyakinan orang ramai terhadap bank.

Orang ramai tidak yakin bahawa duit mereka akan selamat. Apabila orang ramai hilang keyakinan, maka silap mata bank akan kantoi. Orang ramai akan berbondong-bondong datang untuk mengeluarkan duit mereka.

Bank yang pandai main silap mata kini tidak dapat melakukan apa-apa melainkan mengaku diri mereka bankrap - inilah yang sedang berlaku sekarang.

Selama 30 tahun yang lalu, pelbagai bentuk mainan silap mata telah dilakukan oleh bank. Pemilik-pemilik ban ini telah mempengaruhi para ahli politik untuk melupuskan pelbagai larangan dan rintangan.

Mereka memungut riba dan mengumpul harta. Dengan harta kekayaan yang terkumpul hasil daripada memakan riba, para pemilik bank telah memberi sumbangan kepada politikus.

Persekongkolan ini cukup intim. Para pemilik bank ini tidak pernah muncul di khalayak umum. Tetapi kepentingan mereka terjamin melalui para politikus yang akan bersuara menjaga kepentingan mereka.

Pada 2009, banyak bank telah muflis. Lalu timbul persoalan. Ke mana perginya duit-duit ini? Harta kekayaan tidak hilang, ia hanya bertukar tangan.. Duit ringgit milik orang ramai yang tersimpan di bank telah dijadikan modal untuk membuat lebih banyak untung.

Keuntungan ini disimpan. Penyimpan duit di bank boleh jatuh muflis, bank boleh diistihar bankrup tetapi tuan empunya bank tidak pernah bankrup.

Ada pelangan akan kalah judi di Genting tetapi syarikat Lim Goh Tong sampai kiamat tidak akan bankrup - ini juga hukum sistem kapitalis.





The Arrivals ....

Because of the truth is so shocking.. You TUbe have delete some parts of the The Arrivals series. You can also watch them all at The WakeUp Projects
at http://www.thewakeupproject.blogspot.com/

The Arrivals




more shocking truth visit The Arrivals part 1 - part 50 in You tube

Sunday, May 17, 2009

Selamat Hari Guru

Mungkin terlambat 1/2 jam nak ucapkan selamat hari guru. Tapi tak per lah ..sempena hari guru ni .. saya nak cuba mengingati kembali nama-nama cikgu masa kat bainun dulu..Sapa2 yang dah jadi cikgu tu.. tahu kan, susahnya mengajar anak murid..dah tua bangka baru nak ingat balik jasa mereka....

1. cikgu yang ajar kimia..aper yek..??

2. ust adzmi.. apa lagi ajar agama islam le..

3. cikgu krishnan .. ajar matematik moden

4. cikgu sabudin ..ajar biologi

5. cikgu ...lupe lagi..ajar fizik

6. cikgu rozana ... ajar matematik juga

7. cikgu .......... ajar BI

8. cikgu YM...........ajar add math..

9. sapa2 boleh sambung... dah 20 tahun..ingat muka aje..nama tak ingat..

Monday, May 11, 2009

SOALAN DARI BUKAN ISLAM UNTUK ORANG ISLAM, TENTANG AGAMA ISLAM




Sewaktu Nabi Muhammad saw wafat, telah disempurnakan agamamu (Islam). Semua persoalan akan ada jawapannya, hanya ilmu di dada penentu jawapan apa yang perlu diberi.

 1) Nama Nabi Isa as disebut 25 kali dalam Al-Quran, tetapi berapa kali nama Nabi Muhammad saw disebut dalam Al-Quran?
 Nama Nabi Muhammad saw hanya disebut 5 kali sahaja di dalam Al-Quran. Manakala nama Nabi Isa as disebut 25 kali. Mengapa? Kerana Al-Quran diwahyukan pada Nabi Muhammad saw, sebab itu nama Nabi Muhammad saw jarang disebut. Al-Quran diturunkan bukan semata-mata untuk memapaparkan kisah Nabi Muhammad saw tapi adalah sebagai panduan perjalanan hidup umat Islam.

 2) Nama Nabi Isa disebut lagi banyak dari nama Nabi Muhammad saw dalam Al-Quran, tentu sahaja Nabi Isa lebih hebatkan?
 Soalan sebaliknya, dalam Bible, nama syaitan lebih banyak dari nama Nabi Isa , jadi siapa lagi hebat? Syaitan @ Nabi Isa? Sebenarnya Allah tidak bezakan tentang kehebatan nabi dan rasulNya. Walaubagaimanapun, Allah Maha Mengetahuinya .

3) Dalam Islam percaya yang Nabi Isa as diangkat ke langit, sedangkan Nabi Muhammad saw wafat. Jadi, bila Nabi Isa as dibawa ke langit, tentu sahaja nabi Isa itu Tuhan kan ?
 Dalam banyak² kaum, hanya kaum Nasrani sahaja yang telah salah anggap tentang nabi yang diutuskan kepadanya sebagai Tuhan (Nabi Isa). Sedangkan, dalam Bible juga yang ade menyatakan bahawa Jesus ( Nabi Isa ) berkata "Siapa yang taat pada Allah akan masuk Syurga, siapa yang menganggap Jesus sebagai tuhan akan masuk neraka”

4) Dalam Islam, Nabi Muhammad saw adalah Nabi terakhir. Tapi, di akhir zaman nanti Nabi Isa as akan turun. Kenapa tidak dikatakan Nabi Isa as yang terakhir?
Nabi Muhammad saw adalah nabi terakhir berdasarkan tahun kelahirannya. Perumpamaan : Jika anak bongsu meninggal dunia, sedangkan anak sulong masih hidup, hakikat yang tidak akan berubah ialah anak sulong tetap sulong.

 5) Nabi Isa as disembah sebagai anak Tuhan kerana dianggap mulia sebab lahir tanpa bapa.
 Kita jawab seperti ini, antara ibu dan anak, mana yang lagi mulia? Tentu ibu kan ? Jadi, kenapa orang Kristian tidak sembah Mariam je? Kan Mariam ibu, tentu lagi mulia. Nabi Adam juga lahir tanpa bapa, malah tanpa ibu juga merupakan manusia pertama, kenapa tidak disembah Adam sahaja? Jawapan lengkap ada dalam Surah Ali-Imran, ayat 59.

6) Jika baca tafsir, Allah berfirman sekejap guna 'Aku', sekejap guna 'Kami' Kenapa? 'Kami' kan lambang 'Tuhan + Mariam + Anak Tuhan (Isa)' ?
Al-Quran diturunkan dalam bahasa Arab, 'Aku' kata jamaknya 'Kami' yang menggambarkan tentang 'Allah dan keagunganNya' . Tengok sahaja Queen Elizebeth ketika bertitah, beliau guna 'We' bukan 'I'.

7) Orang Sikh Punjabi bertanya, kenapa Islam perlu potong rambut? Bukankah rambut itu anugerah tuhan yang perlu disimpan?
Kita jawab dengan soalan ini, kuku juga anugerah tuhan, kenapa orang Sikh Punjabi potong kuku?

8) Sami Buddha vegetarian bertanya, kenapa Islam suruh bunuh binatang untuk dimakan? Kan zalim kerana bunuh hidupan bernyawa?
Sains telah buktikan, sayur dan pokok turut ade nyawa. Malah, apabila kita basuh tangan pun, ade banyak nyawa kuman yang kita bunuh. Itu tidak kejam? Bila kita bunuh (sembelih sebenarnya) 1 ekor lembu, sebenarnya kita telah selamatkan bayak nyawa manusia.

9) Sami Buddha menjawab " Bunuh sayur dosa kecil sebab sayur kurang deria, bunuh binatang dosa besar"
Kita jawab seperti ini, habis tu, kita Cuma berdosa kecil je la jika bunuh orang yang pekak, buta, bisu hanya kerana dia tidak ade deria?

10) Sami Buddha menjawab lagi "Jika kita bunuh sayur, sayur akan tumbuh balik"
Kita jawab lagi "habis tu, awak makan lah ekor cicak kerana ekor cicak akan tumbuh semula selepas putus"

11) Sami Buddha berkata lagi "makan binatang akan dapat banyak penyakit"
Kita jawab "Penyakit datang kerana kita makan banyak. Bukan kerana makan binatang. Allah suruh makan secara sederhana. Lagipun, Allah dah beri gigi taring dan gigi kacip untuk manusia makan binatang dan sayuran.. Alah, tembakau dan dadah pun dari tumbuhan juga kan ? Lagi besar penyakitnya
kan ? Lembu yang ragut rumput hari² pun boleh jadi lembu gila. Sebenarnya, tak kesah pun kalau kita tak nak makan daging, tapi jangan lah cakap haram apa yang telah Allah halalkan untuk kita.

12) Kan babi itu ciptaan Allah, kenapa Islam tak makan babi?
Sebab bukan semua ciptaan Allah adalah untuk dimakan.

13) Islam cakap Hindu sembah berhala tetapi Islam hari² sembah Kaabah.
Islam bukan sembah Kaabah, tapi Kaabah itu adalah Kiblat untuk satukan umat. Dalam Islam dah sebut, siapa sembah Kaabah akan masuk neraka kerana Islam Sembah Allah, kaabah Cuma kiblat. Perlu tahu bezakan. Bukti, orang yg sembah berhala tidak akan pijak berhala, tapi orang Islam pijak Kaabah untuk melaungkan azan. Orang Hindi tak akan pijak gambar berhala tapi orang Islam hari² pijak gambar Kaabah (sejadah). Jika ada gambar Kaabah diletak di KLCC, orang Islam tetap solat menghadap Kaabah di Mekah kerana itu kiblat kita untuk sembah Allah.... Bukan sembah Kaabah!

14) Kenapa perlu ikut nabi Muhammad saw kerana nabi dan rasul sebelum baginda kan betul² juga?
Nabi sebelum Nabi Muhammad saw diutus untuk kaum dan zaman tertentu sahaja. Sedangkan Nabi Muhammad saw diutus untuk semua kaum dan sepanjang zaman.

Soalan² yang nyatakan di atas, sebenarnya memang benar² ditanya oleh orang bukan Islam secara spontan pada orang Islam... Mereka bertanya bukan kerana hendak tahu, tapi kerana hendak membuatkan orang Islam yang ilmu hanya ala kadar berasa was² dengan Islam dan akhirnya orang Islam akan berasa was² dengan agama yang dianutinya. Jadi jawapan yang disampaikanpun tak perlu panjang² cukup sekadar ringkas dan padat.

Thursday, May 7, 2009

Ayam KFC

Tak boleh kalau tak makan KFC?? (dari pandangan2u.blogspot)

Persoalanya sekarang bukan ini sahaja (fizikal) yang menentukan halal atau haram sesuatu makanan itu diperbuat contohnya daging babi...sememangnya haram. Persoalannya ialah cara penyediaan sesuatu
makanan itu dibuat. Saya ambil satu contoh, semasa saya menghadiri satu kuliah ilmu, Ustaz Daud Che Ngah ada menceritakan Kes KFC.

Begini ceritanya :


Pihak KFC bercadang hendak memberi makanan percuma berupakan ayam goreng KFC kepada jemaah haji Malaysia yang sedang menunggu giliran sebelum untuk diangkut dari Kelana Jaya ke Subang / KLIA. Maka Boss Ustaz Daud menyuruh beliau menyiasat cara penyediaan ayam itu dibuat dan memberikan laporan kepadanya sama ada boleh atau tidak mengikut syarak.

Pusat dan ia dimulakan seawal jam 6.00 pagi. Ustaz Daud mengambil keputusan untuk sembahyang Subuh berdekatan dengan pusat tersebut.

Selesai solat subuh kedengaran siren dibunyikan menanda pekerja KFC mesti memulakan tugas memyembelih ayam. Para pekerja yang duduk berhampiran dengan pusat penyembelih an/hostel muda-muda terus memakai
pakaian seragam mereka dan terus membuat kerja. Satu persatu ayam digantung dengan kaki keatas dan sayap dikepit. Ayam dipotong dan seterusnya dijatuhkan dalam air suam.

Dalam laporan Ustaz Daud Che Ngah kepada Bossnya beliau mengatakan KFC tidak boleh dimakan dan dihidangkan kepada jemaah haji kerana :-

a.
Sewaktu sembahyang subuh, tiada seorang pun tukang sembelih yang menunaikan solat subuh.

b. Ayam yang disembelih tidak mati / dibiarkan bebas tetapi terus dijatuhkan dalam air panas / letrik c. Ayam tersebut berada dalam keadaan terseksa dengan kedua kaki (yang terbalik) kepak terikat.

Oleh yang demikian maka ayam tersebut tidak boleh dimakan. Oleh kerana ianya telah disahkan oleh JAKIM maka dosa tu depa yang tanggung. Saya sejak dengar tempoh hari tidak makan KFC insyallah dan wallahualam.

************ ********* ********* ********* *********
Assalamualaikum wbk.

Ini cerita pengalaman seorang hamba Allah di kampung aku la. Recently seorang hamba Allah di kampung aku ni dapat offer masuk KFC / Pizza Hut management trainee. Lepas buat medical checkup, etc, maka berangkatlah
dia ke KFC training center kat Kelana Jaya.

Khabarnya dia diberi penginapan kat Sentul. So tiap2 hari kenalah dia berulang ke Kelana Jaya untuk training session dia. Sepanjang waktu latihan, beliau diberi subsidi makan dan uniform serta penginapan percuma. Selepas beberapa
bulan, satu hari dia ke kilang para pelanggan KFC. Di kilang inilah dia tengok sesuatu yang meragukan.

Diperhatikannya ayam2 tu disembelih oleh tiga orang penyembelih dan dua daripadanya ialah perempuan. Perempuan sembelih ayam?

Hmmm...macamana tu?. Kemudian diperhatikannya pula ayam2 (dari kotak tetapi ada seekor dua yang tak bergerak langsung dan tak nampak aktif.

Maka ditanya pada orang yang menggantung ayam tentang ayam2 tersebut. Pekerja tu memberitahu bahawa adakalanya ayam2 itu mati dalam perjalanan kerana kesejukan sewaktu perjalanan waktu malam atau keadaan sesak di dalam kotak plastik itu sendiri. Mati,ianya masih digantung untuk masuk ke ruang penyembelihan.


Ayam yang sudah mati disembelih? Bangkai? Disembelih? Halal? Sekali lagi, hmmm.....macamana tu? Akibat daripada timbulnya rasa was2 yang berat, hamba Allah ini telah mengambil keputusan untuk berhenti menjalani latihan dan sekaligus menamatkan perkhidmatannya dengan KFC.

Maka pulanglah hamba Allah kita dapat tengok anggota yang menjadi ahli dalam menguruskan soal halalnya makanan yang dijual dan bagaimana badan ini memastikan semua hidangan di KFC dan Pizza jikalau cerita hamba Allah ni salah. Kalau betul, maknanya tanda ditanggung halal di premis KFC dan Pizza Hut boleh dianggap palsu dan hanya untuk menarik pelanggan beragama Islam .

************ ********* ********* ********* *********
Ada seorang ustaz menceritakan bahawa seorang saudaranya dapat kerja sebagai penyembelih diKFC. Tak sampai seminggu dia resign kerana tak sanggup menanggung dosa bagi orang makan bangkai. Ayam yang terikat seperti diatas >berpusing boleh tahan lajunya (kerana nak sembelih banyak ) dia hanya sempat sebut "bis " saja untuk setiap ekor yg disembelih, lepas tu
rendam, matilah ayam tu dalam kelemasan.

************ ********* ********* ********* *********
Setiap apa yg kita makan akan menjadi darah daging, sepotong hadis nabi menyebut, mafhumnya, " setiap daging dari sumber yg haram akan menjadi makanan api neraka " .
MAKA BERHATI - HATILAH DGN APA YG KITA MAKAN SEMOGA KITA TERSELAMAT DARI API NERAKA YG MAHA DAHSYAT.

Wassalam.


Fazliyana Rauzan
Unit Teknologi Binaan
Bahagian Pembangunan Teknologi Binaan
Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB)

Elya Juliana Binti Hakimi
Pegawai Sistem Maklumat
Bahagian Pembangunan T eknologi Maklumat
Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) Tingkat 7,
Grand Seasons Avenue, No.72 , Jalan Pahang,
53000 Kuala Lumpur.
No Tel Off : 03 - 26170388
No. H/P : 013 - 6697738
No. Fax : 03 - 40430798

Monday, May 4, 2009

Mahukan anak anda bijak seperti bangsa Yahudi?? Mulakan dari dalam kandungan lagi....

Ini adalah thesis yang telah dibuat oleh Dr Stephen Carr Leon tentang orang Yahudi. Beliau telah mengkaji selama 8 tahun untuk mendalami cara hidup orang yahudi tentang pemakanan, gaya hidup, kepercayaan, dan sebagainya.

********************************************************************************************************

Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani
housemanship dibeberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik
dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu “Mengapa Yahudi
Bijak?”. Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi,
dari segala bidang, Engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah
bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan
di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan,
senjata, perhotelan, perfileman di Hollywood dan sebagainya.

Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang
saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebab
nya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada
mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak
boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran?

Maka saya pon tergerak membuat tesis untuk Phd saya,
disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk
pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan
tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin.

Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan,
adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya
dan data data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.

Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan
zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung,
pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan
bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan
menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana
teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya
kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh
kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya
bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu?
Beliau menjawab, “ia, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan,
saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa
kelak” Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau
seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenoh beliau
membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.

Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan
beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan
korma bersama susu
, dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti
dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai
jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan
otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat
merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan
. Menurut
beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya
menjadi semacam kewajipan untuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil
pil minyak ikan.

Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang
orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka.
Setiap undangan yg saya perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan
(hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja
jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan
bersama
. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.
Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum
memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah
Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan
memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan,
ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami
pelajaran disekolah.

Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang
makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka
akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dam merokok diluar rumah
mereka. Menurut saintis di Universiti Israel, siasatan menunjukkan nikotin
dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( bodoh atau lembab).
Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah …… tekalah sendiri..!)

Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika
mereka, Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah
buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code
oil lever) Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata
rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari
awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu
kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota notanya dapat
meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu
bijak.

Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi.

Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan
diajar metamatik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi
keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak
di California, ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6
tahun kebelakang!!!. Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh
anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi
mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari,
menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak mem fokus
sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan
negara.

Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi
(menengah) disini murid murid ditekan dengan pelajaran mata sains dan
mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupon kadangkala
kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi
ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke
institute tinggi di Politeknik dan Universiti.

Satu lagi yg di beri keutamaan ialah fakulti perniagaan.
Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka
tentang perniagaan. Diakhir tahun diuniversiti, para penuntut dibidang
niaga dikehendaki melakukan projek dan memperaktik kanya dan anda hanya
akan lulus jika kumpulan anda(10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan
sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian
seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak
hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan didunia! Siapakah yg mencipta
design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti
bisnes dan fesyen.

Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan
ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksigen dikepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang
orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka
ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!

Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia
membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk
Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi
pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan
bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut
landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell comptr, Cocacola, DKNY,
Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai
ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi
dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan
ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang
tanpa faedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California
sentiasa kekurangan doktor pakar.

Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan
keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya
memerlukan masa, beberapa jenerasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika
sang ibu mengandung, galakkanlah siibu melakukan latihan metamatik yg mudah
tetapi konsisten disamping mendengar musik klasik. Seterusnya ubahlah cara
pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berhasiat yg baik untuk otak,
menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak
kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak
mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yg memerlukan konsetrasi yg
tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak.

Merokok menjanjikan jenerasi yg moron (goblok) dan sudah
tentu genes bodoh akan mengikut ke jenerasi si perokok.
Lawatan saya ke
Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali, disini perokok seperti
dianak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa
harga sekotak rokok? US$ 7 !!! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk
makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menkjubkan
sekali!!! dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan
segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel, maka itu saya lihat
banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupon hakikat nya
negeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan!!

Anda mungkin musykil, benarkah merokok dapat melahirkan
jenerasi goblok, saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini.
Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, dimana saja anda berada, dari
restoran, teater, kebun bunga hingga kemusium hidung anda akan segera
terbau asak rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ 0.70cts !!! dan hasilnya?
Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyak kah universiti
terdapat disana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali.
Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa
mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah
kedudukan mereka di pertandingan metamatik sedunia? Adakah ini bukan
akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.

Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal
ugama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak
zaman Paraoh hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yg
ingin saya ketengahkan ialah, mampu kah kita dapat melahirkan jenerasi yg
bijak seperti Yahudi? Jawabanya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya
memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya
kira hanya memerlukan 3 jenerasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri
tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yg
telah saya nyatakan diatas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat
menulis esay sepanjang 5 mukasurat penuh. Esay nya hanyalah mengenai
Mengapa saya gemarkan tomato!

Selamat sejahtera dan semuga kita dapat melahirkan manusia yg bijak dan
bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan
bangsa.

- Dr. Stephen Carr Leon -