Tuesday, March 31, 2009

Berhati-hati dengan pasangan Pakistan WSC 607

Adik saya pernah menceritakan bahawa rakan sepejabatnya pernah dipukau oleh sepasang suami isteri asal Pakistan (itu mungkin ditebak menerusi percakapan dan rupa pakaian mereka). Pasangan tersebut memandu kereta mewah, dan punya seorang anak. Rakan sepejabat adik saya tersebut telah berhenti di kawasan rehat Seremban. Pasangan tersebut mendekatinya, menunjukkan wang kertas RM 100 dan bertanyakan apakah beliau mempunyai wang tukar. Beliau telah membuka dompetnya untuk menawarkan wang kecil dan tuppp, tanpa disedari sang isteri telah mengambil semua wang yang ada dalam dompetnya.

Mereka kabur begitu sahaja.Cerita tersebut disampaikan oleh adik saya sendiri. Saya selalu membaca cerita begini di Metro atau Kosmo, kadang-kala menerusi emel yang dilanjutkan; tetapi tidak pernah mengambil peduli.Selang beberapa minggu, Mak Cik Musalmah Lebar menceritakan hal yang sama. Kali ini anak saudaranya didekati pasangan suami isteri asal Pakistan juga. Sekali lagi taktik yang sama dilakukan. Dan anak saudara Kak Sal, dengan rela memberi semua wang yang ada dalam dompet dan sakunya. Ini berlaku di kawasan meletak kereta One Utama.Saya tidak menyangka kisah yang sama tiba kepada saya. Jadi saya percaya mereka wujud.Hari ini, saya ditegur oleh penumpang sebuah kenderaan yang berhenti tiba-tiba saat sedang berjalan menuju stesen lrt berdekatan rumah.

Sangkaan saya mereka ingin bertanyakan arah jalan. Dan tentu, saya ingin menolong.Cermin sisi kereta diturunkan dan seorang perempuan berbangsa Pakistan, yang sedang memangku anaknya menegur saya bertanyakan wang tukar sambil menunjukkan RM 100. Wajah suaminya tidak saya lihat dengan jelas. Tetapi isterinya, saya memang cam! Dia merenung saya, saya merenungnya; dan benak saya segera menghubungkan cerita adik dan jiran saya tersebut.

Ketika otak saya sedang menerjemah apa yang harus dilakukan, renungan sang isteri tersebut mencair.Dan tupppp (mereka tersedar yang saya tersedar)....kereta, yang gagal saya camkan jenisnya, segera cabut memecut laju menghilang di sebalik selekoh.Tetapi saya sempat mengambil nombor plat kenderaan.

Nombornya ialah: WSC 607. Sila sampaikan kisah ini kepada setiap kenalan yang mungkin; supaya mereka tidak dimangsai. Jelas, kawasan operasi mereka begitu besar.Saya ingin sekali melapor kepada pihak berkuasa tetapi tidak tahu apa yang harus saya laporkan.Sila berhati-hati kerana negara kita dari atas sampai bawah penuh dengan pencuri dan penjenayah. Khususnya wanita diminta berwaspada.

(Diambil dari feisaltehrani)

No comments:

Post a Comment