Saturday, March 28, 2009

Cadangan "Family Day" 2009...

Saudara Zainal Abidin & Tuan Rumah saudari Mastura telah mencadangkan "Family Day" diadakan di Kuala Rompin, Pahang pada 1 Mei 2009 ini. Sebarang maklumbalas serta komen amat dialu-alukan.

Serba sedikit tentang Kuala Rompin, Pahang...



Daerah Kuala Rompin terkenal dengan aktiviti memancing di sungai dan laut samada di dalam mahupun di luar negara. Kedudukan daerah yang berhampiran dengan alam semulajadi - laut, hutan dan sungai, menjadikan Kuala Rompin terkenal dengan aktiviti lasak seperti 4WD, meneroka taman negeri Endau - Rompin serta Pulau Tioman. Udang galah juga merupakan tarikan utama di Kuala Rompin ....

Berikut adalah maklumat mengenai tarikan yang ada di sini (dipetik dari portal
http://www.idesa.net.my/ --terima kasih kepada Awy@ idesa.net.my)



Bersantai di Bandar Udang Galah
Kuala Rompin semakin pesat dengan pelbagai aktiviti laut dan darat serta keindahan persekitaran yang menyegarkan pasti memikat pelancong.
Melihat matahari terbit dari laut selepas Subuh di Kuala Rompin Pahang, memang menyegarkan mata sekali gus melapangkan fikiran.

Terletak di Daerah Rompin, Kuala Rompin semakin menjadi sebutan sebagai destinasi pelancongan mahupun kaki pancing yang mengenali Kuala Rompin sebagai "Bandar Udang Galah". Jolokan nama bandar itu yang dikaitkan dengan udang galah bukanlah satu omongan kosong atau legenda. Datanglah ke Kuala Rompin dan berkunjung ke Kampung Leban Chondong, kira-kira 16 kilometer dari bandar itu, anda boleh menikmati masakan udang galah dalam pelbagai rasa.

Tumpuan pelancong antarabangsa kini bukan saja untuk menikmati udang galah di bandar itu, sebaliknya mencuba gelanggang Laut China Selatan yang menempatkan ikan layaran serta marlin untuk dipancing. Hobi memancing ikan layaran dan marlin menjadikan Kuala Rompin pusat sukan memancing baru yang menarik, malah dikatakan ikan layaran besar pernah ditemui di perairannya.

Maklumat lanjut boleh diperolehi di sini... Terima Kasih


1 comment:

  1. thanks meor for the impressive introduction of my place, which is clearly taken from my blog..

    Saya berharap tuan-tuan dan puan-puan semua akan bersetuju dengan cadangan ini. YA saya tahu ia memang jauh.. tapi this is the chance for you to broaden your view..jauh perjalanan, luas pemandangan..

    Anyway.. this is cadangan. KAlau ada cadangan lain..silakan luah diruangan ini..

    ReplyDelete